PN dedah 7 syarat peruntukan ahli Parlimen pembangkang

Iklan
Takiyuddin ketika sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) di salah sebuah hotel di sini pada Isnin. Foto Sinar Harian-Rosli Talib

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen Ke-15 dan perkara berkaitan bangsa, agama dan raja (3R) antara tujuh syarat digariskan Kerajaan Perpaduan kepada ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk mendapatkan peruntukan.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, isu membabitkan pengisytiharan harta turut terkandung dalam draf memorandum persefahaman (MoU) tersebut, namun empat lagi tidak didedahkan.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut menyifatkan kandungan memorandum persefahaman (MoU) tersebut sebagai pelik.

"Ia (MoU) ada obligasi-obligasi kerajaan dan pembangkang dan jumlah yang dikatakan nak diberi kepada pembangkang tidak disebut.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) di salah sebuah hotel di sini pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Panel Penasihatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Panel Penasihat SG4 merangkap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Iklan

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, surat berkenaan diterima pembangkang pada 6 Ogos lalu dan keputusan mengenainya akan dibuat bulan ini sebelum Parlimen bersidang.

"Draf yang diberikan masih dalam perbincangan PN dan kita akan angkat ke pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk perbincangan seterusnya.

"Tidak ada tempoh (untuk beri maklum balas MoU diberikan)," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 26 Ogos lalu dilapor berkata, kerajaan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak pembangkang berhubung draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimennya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, isu agihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan.

Beliau berkata, syarat ditetapkan kepada mana-mana ahli Parlimen pembangkang yang mahu memperoleh peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.

Draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.