Geng Bala tumpas, 11 ahli termasuk ketua diberkas

Iklan
Kumar bersama (kanan) menunjukkan antara barangan yang dirampas hasil serbuan yang dilakukan.

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan ‘Geng Bala’ yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah di sekitar negeri ini susulan tangkapan 11 individu dipercayai ahli kumpulan berkenaan baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, kesemua individu terbabit melibatkan sembilan lelaki dan dua wanita itu ditahan dalam beberapa siri serbuan di sekitar negeri ini mulai 12 hingga 26 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

"Kesemua yang ditahan termasuk ketua kumpulan berkenaan berusia antara 20 hingga 65 tahun.

"Mereka ini akan memecah masuk rumah pada waktu malam atau awal pagi dengan cara mengumpil pintu 'sliding' menggunakan kuku kambing dan pemotong besi untuk masuk ke dalam rumah. Sekiranya rumah berkenaan berpenghuni, mereka akan menggunakan senjata seterusnya melakukan samun,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, pada Isnin.

Untuk rekod, geng berkenaan dipercayai aktif sejak lima hingga enam bulan lalu dan dengan penangkapan kesemua suspek pihak polis percaya berjaya menyelesaikan 31 kes samun dan pecah rumah di negeri ini yang dilaporkan sejak awal tahun ini.

Iklan

Tambahnya, beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan samun dan pecah rumah turut dirampas.

Dalam pada itu, Kumar berkata, polis juga berjaya menemui semula barang-arang hasil samun dan pecah rumah bernilai kira-kira RM95,000 seperti barang kemas, beg tangan pelbagai jenama dan jam tangan berjenama milik mangsa.

Menurutnya, lapan daripada 11 suspek yang ditahan memiliki rekod jenayah lampau dan dadah dengan 36 rekod terbanyak selain turut positif dadah hasil ujian saringan awal air kencing.

"Siasatan awal mendapati seorang suspek yang berusia 65 tahun itu adalah pembeli barangan hasil kegiatan samun dan pecah rumah dilakukan kumpulan ini yang dipercayai dijual semula.

"Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 7 September ini dan salah seorang daripada suspek juga akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.