Sarawak tidak benarkan rakyat China masuk, berkuat kuasa serta-merta

Iklan
Abang Johari Tun Openg

BINTULU - Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menyekat kemasukan rakyat China ke negeri itu berkuat kuasa serta-merta bagi mengekang penularan wabak koronavirus.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Iklan
Iklan

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

"Penyakit koronavirus tidak hanya di Hubei, sekarang telah merebak di tempat lain di negara China.

Iklan

"Kita terpaksa buat membuat keputusan sama seperti di tempat lain untuk tidak benarkan mereka datang ke Sarawak ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Demokratik Progresif (PDP) di Dewan Suarah Bintulu.

Setakat hari ini, sebanyak lapan kes disyaki koronavirus dikesan di Sarawak, namun enam daripadanya disahkan negatif manakala dua lagi masih menunggu laporan ujian makmal.

Iklan

Mengulas mengenai nasib pelajar Sarawak yang berada di China, Abang Johari berkata, kerajaan negeri sedang berusaha untuk bawa mereka pulang.

"Kita sekarang memantau rakyat Sarawak yang ada di China dengan kerjasama kedutaan kita di Beijing.

"Mereka akan ditempatkan di satu tempat kuarantin dan jabatan kesihatan telah kenal pasti bangunan yang akan kita gunakan sebagai tempat kuarantin," katanya.

Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak dapat mengenal pasti jumlah sebenar rakyat Sarawak yang berada di China ketika ini.