Maslan dilantik Ketua Polis Daerah Port Dickson baharu

Iklan
Maslan (kiri) menyerah dokumen serah terima tugas kepada pemangku Ketua Polis Daerah Jelebu Goh dalam satu majlis di lPK Negeri Sembilan disaksikan Ahmad Dzaffir (tengah). Foto PDRM

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Superintenden Maslan Udin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Port Dickson yang baharu bagi menggantikan Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Putrajaya.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Polis Daerah Jelebu secara rasminya memulakan tugasnya pada Isnin.

Iklan
Iklan

Maslan dalam satu kenyataan di Facebooknya mengucapkan penghargaan dan terima kasihnya kepada warga Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu sepanjang tempoh empat tahun empat bulan beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Jelebu

"Mohon kemaafan daripada saya dan isteri di atas kekurangan dan kesilapan. Saya doakan semoga Daerah Jelebu terus diberkati dan di rahmati oleh ALLAH SWT serta diberikan kesejahteraan, keamanan yang berpanjangan," katanya.

Iklan

Maslan menyertai polis pada 1995 dan pernah bertugas antaranya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Berikutan itu, Asisten Superintenden Goh Kay Lun yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu memangku tugas sebagai Ketua Polis Daerah.

Iklan

Majlis terima tugas berkenaan berlangsung di IPK Negeri Sembilan pada Isnin disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan,Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.