Chin Chen dilantik Pengerusi DAP Pahang

Iklan
Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen (gambar kecil) dilantik sebagai Pengerusi DAP bagi menggantikan Datuk Leong Ngah Ngah.

KUANTAN - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Lee Chin Chen dilantik sebagai Pengerusi DAP bagi menggantikan Datuk Leong Ngah Ngah.

Beliau berkata, lantikan itu diputuskan dalam persidangan Konvensyen Biasa DAP yang berlangsung pada Ahad.

Iklan
Iklan

Chin Chen turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Negeri dan semua rakan seperjuangan di atas kepercayaan mereka untuk beliau mengambil alih tampuk kepimpinan daripada ahli Veteran DAP itu.

"Sejak tahun 1980-an, beliau berani memikul tanggungjawab besar DAP Pahang. Dalam era tekanan politik yang hebat, terutamanya ketika Operasi Lalang, beliau tidak gentar dan tegas mempertahankan demokrasi serta hak-hak masyarakat Cina," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut itu memberitahu, beliau akan terus komited terhadap pembangunan negeri Pahang dan menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai perjuangan ini.

Jelasnya, selain memberi nafas baharu kepada reputasi serta pengaruh DAP.

Iklan

Chin Chen menambah, Kerajaan Perpaduan menghadapi cabaran yang tidak boleh dipandang remeh, terutamanya dalam konteks parti-parti dengan ideologi dan gaya kepimpinan yang berbeza bekerjasama dalam pentadbiran.

"Namun, pengalaman dua tahun kebelakangan ini membuktikan bahawa model Kerajaan Perpaduan membawa hasil yang positif.

"Ia bukan sahaja memberikan kestabilan kepada negara, malah memacu transformasi ekonomi dan berjaya menangkis serangan perkauman serta ekstremisme agama daripada pembangkang, yang cenderung kepada politik ekstremis," katanya.

Beliau berkata, sebagai negeri yang berada di barisan hadapan penentangan gelombang hijau, DAP Pahang memikul tanggungjawab besar.

"Kami akan terus berjuang mempertahankan kebebasan, demokrasi, dan kepelbagaian budaya di negeri ini sambil memacu pembangunan ekonomi," katanya.