Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu

Iklan
Lelaki Rohingya Husson Ahmad Soifiullah yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Ajil, semalam. Foto PDRM

HULU TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Polis giat memburu seorang lelaki Rohingya yang bertindak meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Ajil, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, suspek, Husson Ahmad Soifiullah, 25, yang menghidap tuberkulosis (tibi) disedari telah melarikan diri daripada tahanan tersebut pada Ahad.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, suspek warganegara Myanmar itu melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan.

"Pegawai Imigresen Depot Tahanan Ajil memaklumkan seorang tahanan lelaki Rohingya melarikan diri semalam.

Iklan

"Suspek yang mempunyai penyakit tibi itu meloloskan diri dari depot tahanan dengan cara memanjat siling bilik asingan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Isnin.

Justeru, Zainul Mujahidin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada Inspektor Aiman Baihaqi Che Shaffie di talian 0199377864 atau Bilik Gerakan IPD Hulu Terengganu, 09-6812222 sekiranya melihat suspek atau lelaki mencurigakan.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam dengan cuai melepaskan tahanan dan tahanan lari dari kurungan yang sah di sisi undang-undang.