PUTRAJAYA - Cadangan agar syarikat-syarikat perladangan yang telah tamat tempoh pajakan mengembalikan 20 peratus daripada keluasan tanah kepada kerajaan masih dalam penelitian, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, perkara itu memerlukan pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu, dan tanah yang dimaksudkan tidak termasuk plot industri atau kebun, sebaliknya hanya tanah perladangan.
Iklan
Iklan
"Ia harus mendapat pandangan daripada kerajaan negeri, kerana kuasa berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia CARS 2024 (Asia Road Safety) di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai penjelasan kepada cadangan yang dikemukakannya semalam agar syarikat-syarikat yang ingin menyambung pajakan mereka dengan kerajaan, mengembalikan 20 peratus daripada keluasan tanah yang dipajak jika mereka mahu meneruskan pajakan tersebut.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Jawatankuasa Pemandu) Majlis Ekonomi Bumiputera berkata, cadangan itu, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membolehkan rakyat mendapat faedah daripada tanah yang dikembalikan itu. - Bernama
Artikel Berkaitan