Pekerja feri dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai

Iklan
Pekerja feri dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari feri yang membawa lori bersama muatan baja di sungai di kawasan sebuah estet di Kinabatangan.

KINABATANGAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada feri ketika menyeberang sungai dalam kejadian di kawasan estet dekat sini, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pekerja feri, Antonius Permisi, 45, sedang melakukan kerja mengangkut baja dengan menggunakan feri tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, sembilan anggota dikejar ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 petang Ahad.

"Ketika kejadian, feri tersebut mengangkut lori yang membawa muatan baja di dalamnya untuk dibawa menyeberang sungai tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa memasuki hari kedua hari ini.

"SAR mangsa menggunakan empat bot orang awam dan pencarian dilakukan dengan kaedah di permukaan air dan tepi sungai bersama agensi lain dan penduduk," katanya.

Iklan

Bagaimanapun Nurul Azlan berkata, sehingga kini mangsa belum ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 5 petang Isnin.

"Operasi akan disambung semula esok pagi," katanya.