Banyak pilihan penyerang diharap pacu kemenangan Malaysia

Iklan
Skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan skuad kebangsaan dalam persiapan menghadapi Pesta Bola Merdeka 2024 di Wisma FAM pada Isnin. Foto Bernama

PENYERANG skuad Harimau Malaya, Darren Lok berharap kelebihan mempunyai banyak pilihan penyerang dapat memacu Malaysia meraih keputusan positif pada saingan Pestabola Merdeka 2024, bermula Rabu ini.

Ia dalam masa sama memberikan suntikan buat Pau Marti Vicente untuk memburu kemenangan sulung selaku ketua jurulatih baharu dengan perhitungan berdepan Filipina sebagai ujian pertamanya.

Iklan
Iklan

"Dalam panggilan sebelum ini kita tiada banyak pilihan untuk bahagian hadapan.

"Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman FC) kini kembali dan semua orang tahu kualiti yang dia boleh bawa untuk pasukan kebangsaan. Kita ada Paulo Josue (KL City FC) yang prestasinya sangat baik musim ini, malah Romel Morales (Johor Darul Ta’zim),” katanya.

Iklan
Darren Lok. Foto Bernama

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Vicente mengakui berpuas hati dengan 26 pemain yang dipanggil terutama di posisi serangan sekali gus dilihat mampu menjelmakan keputusan positif pada kejohanan itu.

Iklan

Untuk rekod, pemain bertaraf bintang seperti Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT), Muhammad Safawi Rasid dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Terengganu FC) turut diserapkan pada panggilan kebangsaan kali ini.

Malaysia akan menentang Filipina pada separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu ini yang juga merupakan debut Vicente sebagai jurulatih pasukan negara selepas dilantik menggantikan Kim Pan Gon yang meletakkan jawatan bulan lepas.

Satu lagi aksi separuh akhir kejohanan itu bakal menyaksikan juara bertahan Tajikistan berdepan Lubnan pada tarikh dan venue sama. - Bernama