Bukan mustahil Malaysia mempunyai PM muda
Iklan
SHAH ALAM - Walaupun berdepan pelbagai cabaran besar, peluang untuk melantik Perdana Menteri muda di Malaysia bukan sesuatu yang mustahil dan tidak harus diketepikan.
Ketua Penyelidik O2 Research, Anis Anwar Suhaimi berkata, salah satu cabaran utama dalam merealisasikan impian Perdana Menteri muda untuk Malaysia adalah penerimaan politik dan umum terhadap pemimpin lebih muda.