2024 tahun duka, cabaran TLDM
Iklan
TAHUN 2024 bakal memasuki suku terakhirnya tidak lama lagi dan antara perkara yang mendapat perhatian adalah bagaimana pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini seakan dilambung gelombang samudera yang amat membimbangkan.
Beberapa perkara atau insiden yang berlaku tahun ini telah seakan cuba menguji kewibawaan kepimpinannya, menggoncang integriti serta tata kelola pengurusan dan berkemungkinan mencabar kemampuan armadanya.