Impian gangsa Fareez tidak kesampaian

Iklan
Fareez terpaksa akur terlepas pingat gangsa Sukan Paralimpik 2024 setelah tewas kepada pemain Indonesia di Paris pada Selasa. Foto FB MSN

IMPIAN pemain badminton negara, Muhammad Fareez Anuar untuk menghadiahkan pingat gangsa Sukan Paralimpik 2024 di Paris tidak kesampaian.

Fareez yang membuat penampilan sulung pada temasya terbesar dunia itu terpaksa akur tewas kepada pemain berpengalaman, Dheva Anrimusthi dari Indonesia di Porte de La Chapelle Arena.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun pujian wajar diberikan kepada pemain nombor empat dunia itu apabila memberi saingan sengit kepada Dheva untuk mengheret permainan sehingga ke set penentuan dalam tempoh lebih sejam permainan.

Pujian wajar diberikan kepada Fareez apabila memberi saingan sengit kepada Dheva untuk mengheret permainan sehingga ke set penentuan.

Dalam aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) itu, Fareez memulakan set pertama dengan momentum positif apabila menang 21-17.

Iklan

Bagaimanapun rentak terbaik tersebut gagal diteruskan pemain negara apabila set kedua dikuasai Dheva menerusi kemenangan 21-19 untuk membuat perhitungan sehingga ke permainan penentuan.

Biarpun Fareez cuba melawan, namun pengalaman ternyata memihak pemain Indonesia itu yang mengesahkan kemenangan 21-12.

Iklan