Malaysiaku yang tercinta
Selamat Hari Kebangsaan, warga Malaysia sekalian!
Saya amat bangga untuk bersama-sama anda semua meraikan Hari Kebangsaan kita yang ke-67 dan, tidak lama lagi, Hari Malaysia yang ke-61.
Tahun ini menandakan tahun keempat saya berkongsi pandangan saya mengenai tanah air kita yang tercinta sebegini. Sambutan dan maklum balas anda yang menggalakkan merupakan antara interaksi yang amat saya hargai.
Izinkan saya mulakan dengan berita baik. Sepanjang 12 bulan yang lalu, kita telah mengalami beberapa perkembangan positif dan peristiwa gembira.
Ekonomi kita mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang menggalakkan, ringgit kita semakin kukuh dan inflasi terkawal.
Namun begitu, kesan ekonomi pada hakikatnya tidak sekata dan tidak seimbang. Tidak semua rakyat Malaysia menikmati manfaat yang sama rata.
Kita perlu lebih berusaha dalam aspek ini. Sebagai seorang rakyat Malaysia sejati, saya amat gembira menyaksikan dua peristiwa yang menyatukan semua rakyat Malaysia dan yang kita raikan sebagai satu negara.
Pertama adalah perlantikan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang ke-17. Kedua, kelihatan semangat yang amat luar biasa apabila semua rakyat bersatu menyokong dan bersorak untuk wira sukan kita di Olimpik Paris.
Bersatu
Mengapa kita tidak boleh bersatu seperti ini sepanjang masa? Sebaliknya, wujudnya kebimbangan yang semakin tinggi tentang polarisasi yang mendalam dalam kalangan masyarakat majmuk kita.

Perbezaan yang ada tidak memecahbelahkan mahupun memutuskan tali silaturahim yang menyatupadukan kita sebagai rakyat Malaysia sejati.