Penerbangan ketujuh alami masalah teknikal

Iklan
SEBUAH pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan telah berpatah balik awal pagi Isnin, menjadikannya insiden ketujuh pesawat MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan dalam tempoh tiga bulan.

Menurut laman Flightradar24, penerbangan yang menggunakan pesawat Airbus A330-323 itu berlepas dari KLIA pada jam 12.01 tengah malam sebelum berpatah balik dan selamat mendarat di KLIA beberapa jam kemudian.

Berikut adalah insiden pesawat MAS berpatah balik atau dilencongkan.