Sokong Manchester United, Anwar kena 'bahan' dengan cucu

Iklan
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menyantuni warga MOF pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan Bulan September di Kementerian Kewangan pada Selasa. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menjadi bahan jenaka cucunya kerana menyokong pasukan Manchester United (Man U).

Jelasnya, perkara itu berlaku ketika perbualan santai bersama keluarga.

Iklan
Iklan

"Saya memang dari dahulu lagi penyokong Man U. Jadi cucu cakap, 'Papa tok kuno, sudah menjadi sejarah.

"Saya cakap, tidak kerana saya tidak lagi mampu untuk tukar lagi," katanya di dalam Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan (MoF) di sini pada Selasa.

Iklan

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes nyata kecewa selepas pasukannya dimalukan Liverpoll 0-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Tambah beliau,dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) cucunya merupakan penyokong Arsenal.

Iklan

"Setiap kali cucu saya datang dia kata, Man U kalah lagi papa tok.

"Maknanya minat kepada sukan khususnya bola sepak itu menyeluruh, rentas generasi," katanya.

Ahad lalu, Manchester United tewas buat kali kedua dalam tempoh sembilan hari apabila dibelasah 0-3 di laman sendiri oleh seteru utama, Liverpool.