Suspek pemerdagangan manusia dengan 36 pasport ditahan di Pakistan

Iklan
Gambar hiasan

ISLAMABAD - Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) Pakistan menahan seorang suspek yang didakwa terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia semasa operasi di wilayah timur Punjab, lapor Xinhua.

Suspek yang turut terlibat dalam kes penipuan visa didapati memiliki 36 pasport Pakistan, menurut kenyataan yang dikeluarkan agensi itu pada Isnin.

Iklan
Iklan

FIA memaklumkan bahawa suspek dilaporkan meminta sejumlah wang daripada individu-individu dengan janji palsu untuk menghantar mereka ke luar negara.

Agensi itu turut mempergiat usaha dengan melakukan serbuan bagi menjejaki individu yang bersubahat, menurut kenyataan itu.

Iklan

Pihak berkuasa Pakistan memperketat langkah-langkah terhadap pemerdagangan manusia berikutan insiden tragis di Greece tahun lalu yang menyebabkan ramai warga Pakistan maut ketika cuba memasuki Eropah secara haram. - Bernama-Xinhua

Iklan