Rumah Ngaji beri penghargaan anak-anak menang hafal surah

Iklan
Maziah (tengah) menyampaikan naskhah al-Quran kepada Zharif Nur Hanifah yang berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan menghafal sempena Hari Kebangsaan ke-67 anjuran Rumah Ngaji Negeri Perak.

LUMUT - Pemenang pertandingan menghafal sempena Hari Kebangsaan ke-67 anjuran Rumah Ngaji Negeri Perak menerima penghargaan daripada Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh.

Pada program yang berlangsung 17 Ogos lalu itu, Zharif Nur Hanifah Yusof, 9, mendapat tempat pertama, manakala Nur Aeera Afia Fatnim Muhammad Azman, 7, pula memenangi tempat ketiga bagi kategori hafalan surah-surah lazim.

Iklan
Iklan

Penggerak Rumah Ngaji Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie berkata, pencapaian tersebut amat membanggakan kerana penyertaan mereka dalam pertandingan tersebut adalah yang pertama kali.

Maziah (tengah) menyampaikan naskhah al-Quran kepada Nur Aeera Afia yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan menghafal sempena Hari Kebangsaan ke-67 anjuran Rumah Ngaji Negeri Perak.

"Kejayaan mereka ini merupakan hasil komitmen ahli Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh dalam mengajar anak-anak ini mahir membaca al-Quran.

Iklan

"Alhamdulillah, kejayaan mereka ini sesuatu yang amat membanggakan buat Rumah Ngaji dan kita harap lebih ramai anak-anak mahu belajar al-Quran selepas ini," katanya kepada Sinar Harian.

Maziah berkata, sebagai penghargaan, kanak-kanak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lumut itu dihadiahkan senaskhah al-Quran setiap seorang bagi menyemarakkan minat mereka membaca al-Quran.

Maziah (kiri) dan Maria menunjukkan Sijil Jalinan Kerjasama di antara Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh dengan SK Lumut.

Iklan

Katanya, penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan di SK Lumut dalam satu majlis di hadapan warga sekolah berkenaan.

Menurutnya, dalam masa sama pihak Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh juga turut menyerahkan Sijil Jalinan Kerjasama kepada Guru Besar SK Lumut, Maria Mohd Noor.