Harimau Malaya sedia mengaum

Iklan
Pau Marti. FOTO SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

SKUAD Harimau Malaya tidak mahu dibayangi sebarang masalah atau isu yang timbul sebelum berlangsungnya kejohanan Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente berkata, motivasi pemainnya ketika ini cukup tinggi menjelang perlawanan bertemu Filipina dan percaya dapat memberikan kemenangan khusus kepada penyokong setia pasukan kebangsaan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini sangat positif. Sudah tentu kepada saya, pasukan dan pemain, apa yang berlaku pada masa lalu tidak memberikan kesan kepada Harimau Malaya.

"Kami perlu mengambil pengalaman daripada perlawanan lalu dan seperti yang saya katakan motivasi pemain sangat tinggi untuk menghadapi perlawanan ini," katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, skuad negara kehilangan pengendali Kim Pan-gon yang meletakkan jawatan serta merta pada Julai dan Pau Marti yang sebelum ini selaku penolong jurulatih dilantik sebagai pengendali baharu Harimau Malaya.

Selain itu, beberapa masalah dalaman dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta kecelaruan perjalanan Liga Malaysia seperti didakwa Ultras sehingga mahu memboikot Pestabola Merdeka kali ini.

Iklan

Dalam pada itu, Pau Marti juga menyedari situasi boikot tersebut namun tetap mengharapkan agar penyokong dapat hadir ke stadium memberikan sokongan.

"Saya rasa semua pemain berhak mendapatkan sokongan daripada penyokong. Tetapi, seperti kami katakan sebelum ini, kami hanya boleh mengawal apa yang berlaku di atas padang.

"Pemain akan memberikan segalanya iaitu permainan 100 peratus dan meraih kemenangan dalam perlawanan ini.

"Apa yang berlaku di luar padang, saya harap penyokong akan datang. Tetapi, yang tidak dapat datang boleh terus menyokong kami menonton dari rumah," katanya.