Dua anggota polis didakwa ambil sogokan dirakam keterangan

Iklan
Tular video dalam aplikasi Telegram memaparkan dua anggota polis didakwa menahan dua individu dipercayai warga asing.

PETALING JAYA - Dua anggota polis dirakam keterangan berhubung dakwaan menahan serta mengambil sogokan daripada warga asing menerusi satu video tular dalam aplikasi Telegram pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, kedua-dua anggota yang tular menerusi video terbabit sudah dipanggil untuk rakaman percakapan.

Iklan
Iklan

"Siasatan dalaman masih dijalankan secara lanjut berkaitan kejadian terbabit.

Terdahulu, Shahrulnizam berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan kejadian terbabit.

Iklan

"Polis sama sekali tidak melindungi mana-mana anggota yang terlibat dalam salah laku serta perbuatan jenayah," katanya.

Media sebelum ini melaporkan tular video dalam aplikasi Telegram memaparkan dua anggota polis didakwa menahan dua individu dipercayai warga asing.

Iklan

Menerusi hantaran video terbabit juga kedua-dua anggota polis itu turut didakwa mengambil sogokan daripada warga asing berkenaan.