11 maut, bas sekolah rempuh pelajar di timur China

Iklan
Seramai 11 orang termasuk lima murid sekolah maut selepas sebuah bas sekolah merempuh sekumpulan pelajar di wilayah Shandong, timur China.

BEIJING - Seramai 11 orang termasuk lima murid sekolah maut selepas sebuah bas sekolah merempuh sekumpulan pelajar di wilayah Shandong, timur China, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

Bas terbabit dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh pelajar-pelajar yang sedang menunggu di pintu masuk sekolah di bandar Taian, lapor Agensi Berita Xinhua.

Iklan
Iklan

Sementara itu, seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal, manakala 12 lagi dilaporkan stabil.

Punca kemalangan masih dalam siasatan. - Bernama/dpa

Iklan

Iklan