Sembilan kakitangan polis marin ditahan SPRM

Iklan

KUALA LUMPUR - Sembilan kakitangan Pasukan Polis Marin (PPM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lepas.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya ketika dihubungi Bernama.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah. - Bernama