Motorhome pertama Bernama Radio 'bersiaran' pada November

Iklan
Majlis sambutan ulang tahun Bernama Radio ke-17 diadakan di ruangan berita tingkat 15 di Wisma Bernama pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Stesen radio milik Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) yang dikenali sebagai Bernama Radio bakal menerima ‘motorhome’ pertama bagi kegunaan penyiaran pada November ini.

Ketua Bernama Radio, Azlan Idris berkata, kehadiran motorhome itu akan menjadi kelebihan kepada agensi dalam mempelbagaikan lagi kandungan.

Azlan

Iklan
Iklan

"Ini merupakan motorhome pertama yang digunakan di peringkat penyiaran tempatan. Ia akan menjadi platform baharu buat Bernama Radio.

"Kemudahan ini (motorhome) membolehkan Bernama Radio bersiaran di mana-mana sahaja kerana adanya satelit Starlink. Dalam hal ini, tidak akan ada masalah hubungan (capaian internet),” katanya selepas ditemui pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-17 Bernama Radio di Wisma Bernama pada Selasa.

Iklan

Katanya, kemudahan itu membolehkan mereka pergi ke suatu tempat untuk mengadakan sesi temubual tanpa memerlukan mana-mana individu hadir ke studio radio.

Majlis sambutan ulang tahun Bernama Radio ke-17 turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin (tengah).

Ketika ditanya mengenai cabaran dihadapi Bernama Radio, Azlan memberitahu sifat dan minat pendengar kini berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Iklan

"Konsep dan selera penonton berubah. Kini Bernama Radio mengadaptasi kandungan daripada berbentuk audio kepada visual seperti bersiaran langsung di Facebook dan TikTok.

"Sebelum ini, kita tidak pernah melaksanakannya. Ini semua terpaksa kerana minat pendengar sudah ke arah itu.

"Kalau ikutkan falsafah dahulu, tiada (kandungan berbentuk visual). Penubuhan Bernama Radio hanya semata-mata untuk konteks berita,” ujarnya.

Bernama Radio ditubuhkan pada 3 September 2007 dan kini memasuki tahun ke-17 bersiaran.

Sepanjang 17 tahun ke udara, Bernama Radio telah menampilkan pelbagai program dan dijangka mengembalikan segmen yang pernah dibawa sebelum ini iaitu perbincangan bisnes pada tahun hadapan.

Siaran stesen radio ini boleh didengar melalui frekuensi FM 93.9 MHz (Kuala Lumpur) FM 107.5 MHz (Johor), FM 100.9 MHz (Kuching) dan FM107.9 MHz (Kota Kinabalu).