FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada PM - Hamidin

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai peruntukan RM15 juta bagi memperkasakan skuad Harimau Malaya. Gambar kecil: Hamidin

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, ia bagi merealisasikan usaha bersama badan induk bola sepak negara dan Perdana Menteri, untuk mengangkat pasukan bola sepak kebangsaan menjadi pasukan gergasi di rantau Asia.

Iklan
Iklan

Hamidin, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif serta seluruh warga FAM, turut menzahirkan terima kasih kepada Anwar atas pengumuman peruntukan RM15 juta bagi memperkasakan skuad Harimau Malaya.

"Sudah tentu FAM sangat berbesar hati dengan kesungguhan dan komitmen Datuk Seri Anwar dalam memberikan peruntukan tersebut, selain beliau sendiri menyatakan secara peribadi untuk memantau dan membantu dalam usaha memperkukuhkan skuad Harimau Malaya,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Iklan

Terdahulu ketika Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan, Anwar mengumumkan RM10 juta peruntukan kerajaan melalui Kementerian Kewangan, manakala RM5 juta komitmen pihak swasta untuk memperkukuhkan skuad Harimau Malaya.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu juga bagi memastikan Harimau Malaya, dapat menjamin kebajikan pemainnya serta menggajikan barisan pengurus dan jurulatih terbaik. - Bernama

Iklan