Malaysia, NZ sepakat perkukuh kerjasama dalam bidang peralihan tenaga baharu

Iklan
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon (kiri) di sebuah hotel pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada Selasa.

Pertemuan pada jam 2.30 petang anjuran delegasi New Zealand itu berlangsung di sebuah hotel di sini, dengan perbincangan selama kira-kira sejam antara kedua-dua pihak menyentuh isu pengukuhan kerjasama dalam bidang berkaitan tenaga baharu.

Iklan
Iklan

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Mad Zaidi Mohd Karli; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Datuk Abdul Razib Dawood dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Datuk Hamzah Hussin.

Terdahulu, Luxon yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari sejak Ahad, mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya semalam.

Iklan

Mereka turut membincangkan pengukuhan kerjasama dalam pertukaran pelajar Malaysia-New Zealand serta industri halal serta bersetuju meningkatkan perdagangan dua hala sehingga 50 peratus.

Ini merupakan lawatan pertama Luxon ke Malaysia sejak memegang jawatan Perdana Menteri New Zealand pada November 2023. - Bernama

Iklan