Enam negara berada dalam senarai terbaharu larangan perjalanan AS

Iklan
Donald Trump

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam memperluaskan larangan perjalanan yang dikuatkuasakan pada 2017 yang pada kali ini menyasarkan rakyat dari Nigeria, Eritrea, Kyrgyzstan, Myanmar, Sudan dan Tanzania.

Di bawah langkah itu, empat daripada enam negara yang berdepan sekatan itu adalah negara Afrika dan tiga daripadanya mempunyai majoriti populasi Islam.

Iklan
Iklan

Pemangku Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Chad Wolf berkata, enam negara tersebut didakwa gagal mematuhi standard minimum keselamatan dan perkongsian maklumat tentang suspek pengganas dan penjenayah yang ditetapkan AS.

"Sebagai contoh, Belarus yang berada dalam senarai pertimbangan untuk langkah itu bertindak memperbaiki kelemahan tersebut sejak beberapa bulan lalu dan kini tidak berdepan sekatan visa,” ujarnya.

Iklan

Difahamkan, larangan perjalanan baharu itu akan berkuat kuasa pada 21 Februari depan.

Larangan perjalanan asal yang dilaksanakan tiga tahun lalu melarang imigran dan rakyat dari tujuh negara majoriti Islam termasuk Libya, Syria dan Yemen.

Iklan

Dasar kontroversi itu disemak semula selepas ia dikemukakan kepada mahkamah namun Mahkamah Agung AS mengekalkan larangan tersebut pada Jun 2018. - Agensi