Anwar harap syarikat swasta ikut contoh Khazanah tetap gaji minimum

Iklan
Anwar yang juga Menteri Kewangan berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Khazanah Nasional di MITEC, pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji langkah Khazanah Nasional Bhd menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan untuk pekerjanya dan berharap syarikat swasta lain mencontohinya.

Mengakui kepentingan syarikat swasta untuk mencatatkan keuntungan, namun beliau berkata harus ada iltizam daripada pihak pengurusan syarikat swasta, untuk menjamin keselesaan pekerja mereka.

Iklan
Iklan

"Ya, semua syarikat harus mencatatkan keuntungan, tetapi ibarat kata seorang pemimpin Indonesia Mohammad Natsir, ‘janganlah sambil membangunkan gedung, mencatatkan keuntungan, tetapi kita robohkan nilai kehidupan anak-anak bangsa yang bekerja’.

"Biarlah ada sedikit kefahaman tentang apa nilai kemanusiaan dan apa nilai keadilan, ini melangkaui tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh Khazanah,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Khazanah Nasional, di sini pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan landskap dan peta Kuala Lumpur melibatkan Bangunan Sultan Abdul Samad hingga ke Carcosa Seri Negara yang merupakan kawasan warisan dan daya cipta, tidak hilang dari warisan negara dan bangsa.

Sebelum Belanjawan 2025 pada Oktober ini, Anwar berkata, beliau akan pastikan supaya ada gambaran jelas terhadap usul untuk memulakan pembangunan wajah Kuala Lumpur, yang tidak terpisah dari kegemilangan dan budaya.

Iklan

"Ia juga memberikan satu asakan baharu kerana dunia menuntut kita memikir masa depan kita. Inilah satu wajah Kuala Lumpur dari Bangunan Sultan Abdul Samad hingga ke Carcosa (Seri Negara), diletakkan soal 'heritage' tetapi digabungkan sinergi tentang aspek yang dianggap baharu, moden dan dunia AI (kecerdasan buatan)," katanya.

Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku, Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.