Bank Rakyat lapor pihak berkuasa, kemungkinan insiden ketirisan data

Iklan
Bank Rakyat berjaya membendung kemungkinan insiden ketirisan data yang mungkin melibatkan beberapa maklumat pelanggan.

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat berjaya membendung kemungkinan insiden ketirisan data yang mungkin melibatkan beberapa maklumat pelanggan susulan langkah proaktif yang dilaksanakannya.

Bank itu berkata, ia kekal komited terhadap ketelusan dan telah memaklumkan pelanggan dengan sewajarnya.

Iklan
Iklan

"Di samping itu, kami turut menasihatkan pelanggan untuk sentiasa berwaspada terhadap taktik pancingan data dan kaedah penipuan berpotensi lain,” kata bank itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebagai tindak balas terhadap ketirisan itu, Bank Rakyat telah melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan dan memberi jaminan kepada pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan bahawa semua operasi perniagaan kekal berfungsi sepenuhnya.

Iklan

"Integriti dan keselamatan data pelanggan kekal sebagai keutamaan utama kami,” katanya.

Pada masa sama, bank itu menggesa pelanggannya agar segera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 800 800 atau 03-5526 9200 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan. - Bernama

Iklan