'Alhamdulillah saya berjaya 'tangkap' orang yang nak tangkap saya' - Sanusi

Iklan
Muhammad Sanusi. Foto UPDA

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara terbuka bercakap mengenai spekulasi beliau berkahwin dengan seorang anggota polis yang menyiasat kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Menerusi ucapan sempena Sidang Kemuncak SG4 pada Ahad, beliau memberi kenyataan samar berhubung desas-desus perkahwinan tersebut.

Iklan
Iklan

"Hampir ditangkap... Alhamdulillah saya berjaya menangkap orang yang nak menangkap saya.

"Ada faham?," soalnya sambil tersenyum.

Iklan

Kenyataan beliau mengundang ketawa orang ramai yang turut memberikan tepukan gemuruh.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan maksud kenyataan yang dibuat.

Iklan

Sebelum ini Mohamad Sanusi dilapor menafikan dakwaan telah berkahwin baharu dengan seorang anggota pasukan penyiasat yang menyiasat kecurian REE di Buki Enggang, Sik Kedah, seperti yang diperkatakan menerusi laman sosial.

Muhammad Sanusi mendirikan rumah tangga dengan Tok Puan Jusmalailani Jusoh pada 14 Februari 1999 dan dikurniakan lima cahaya mata.