KELANTAN Darul Naim FC (KDN) tampak serius memperkasakan pasukan apabila membawa pulang dua pemain kelahiran negeri ini, Fikri Che Soh dan Hakimi Abdullah bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
Fikri Che Soh yang beraksi di posisi penjaga gol dibawa pulang dari Kedah Darul Aman FC manakala Hakimi Abdullah menjadi pemain Terengganu FC kedua menyertai Sang Kijang Emas secara pinjaman sehingga tamat musim ini.