Taman Negara Niah

Iklan
Sarawak sekali lagi mengukir kejayaan di persada dunia apabila Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengiktirafan itu menyaksikan Malaysia secara keseluruhannya berjaya menyenaraikan lima Tapak Warisan Dunia UNESCO termasuk Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Kinabalu pada 2000, Bandar Bersejarah Selat Melaka dan George Town (2008) serta Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (2012). Foto Bernama