Pencapaian Noor Askuzaimey raih perhatian Nicol Ann

Iklan
Noor Askuzaimey

PENCAPAIAN pemain boccia negara, Noor Askuzaimey Mat Salim meraih perhatian legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David walaupun menamatkan Sukan Paralimpik Paris 2024 selangkah daripada kedudukan podium.

Nicol berkata, beliau kagum dengan semangat juang atlet para itu yang meraih tempat keempat pada perlawanan akhir boccia individu wanita BC4 (kecacatan fizikal) semalam.

Iklan
Iklan

"Saya ingat saya beritahu dia - anda hebat hanya dengan mewakili negara...lakukan yang terbaik dan anda akan baik-baik sahaja kerana anda kuat dan bertenaga...terima kasih kerana memberi inspirasi kepada saya dengan menonton anda berjuang bermati-matian,” katanya dalam perkongsian di Facebook yang didedikasikan buat Noor Askuzaimey hari ini.

Noor Askuzaimey ketika menentang Cheung pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Iklan

Semalam, harapan Noor Askuzaimey untuk menghadiahkan pingat pertama untuk Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris musnah selepas ditewaskan pemain Colombia, Leidy Chica 7-1 dalam perlawanan penentuan gangsa. - Bernama

Iklan