Bimbang harga motosikal 150cc naik melambung

Iklan
Kerajaan membuat keputusan mewajibkan pemasangan sistem ABS pada motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas. Gambar hiasan 123RF

KERAJAAN membuat keputusan mewajibkan pemasangan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas.

Ini merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, khususnya penunggang motosikal yang sering terdedah kepada risiko kemalangan.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan setuju dengan keputusan ini kerana ABS sudah terbukti dapat meningkatkan tahap keselamatan semasa menunggang. Sistem ini membantu mengelakkan tayar daripada terkunci semasa membrek secara tiba-tiba yang boleh menyebabkan motosikal tergelincir dan membawa kepada kemalangan.

ABS juga memberi lebih keyakinan semasa menunggang dalam keadaan cuaca buruk atau di permukaan jalan licin, sekali gus mengurangkan kebimbangan terhadap keselamatan diri semasa dalam perjalanan.

Iklan

Merak Jalanan ada juga dengar-dengar dakwaan bahawa pemasangan ABS pada motosikal berkapasiti kecil tidak memberi kesan yang ketara terhadap keselamatan. Malah, ada rakan Merak Jalanan berpendapat bahawa sistem ABS lebih efektif untuk motosikal berkapasiti lebih besar dan lebih laju.

Apa pun, bagi Merak Jalanan, langkah pemasangan ABS ini satu usaha yang positif. Walaupun mungkin berlaku peningkatan kos, keselamatan adalah lebih penting daripada wang ringgit.

Iklan

Cuma Merak Jalanan berharap selepas tiadalah penjual motosikal mengambil kesempatan menaikkan harga melampau. Kerajaan dan pengeluar motosikal perlu bekerjasama memastikan peralihan ini dapat dilakukan dengan lancar tanpa membebankan orang ramai.