Beri kesan negatif kepada ekonomi - Pakar
Iklan
SHAH ALAM - Ekonomi Malaysia berdepan kesan negatif sekiranya penilaian Laporan Pemerdagangan Manusia negara menurun disebabkan tindakan sindiket memproses sampah elektronik atau e-waste mengeksploitasi kanak-kanak warga asing sebagai buruh.
Menurut pakar ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, kebimbangan itu berasas dengan mengambil kira laporan tersebut akan mempengaruhi aspek pelaburan kepada negara.