'Audit MAS secara menyeluruh'

Iklan
Kejadian pesawat berpatah balik memberikan kesan yang buruk terhadap imej warga kerja MAS serta reputasi syarikat terbabit.(Gambar kecil: Abdul Rahmat Omar)

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) disarankan supaya melaksanakan audit secara menyeluruh berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) berpatah balik atau dilencongkan dari destinasi dituju kerana dikhuatiri terdapat isu lain yang lebih serius, selain masalah teknikal seperti dilaporkan.

Pakar penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, beliau percaya terdapat kemungkinan wujudnya masalah yang lebih mendalam berkaitan sistem pengurusan keselamatan penerbangan syarikat susulan beberapa siri insiden sama melibatkan pesawat MAS.

Iklan
Iklan

Ia kerana katanya, berdasarkan usia pesawat, ia sepatutnya berada dalam keadaan baik.

"Nampaknya seolah-olah, sama ada wujud masalah dengan bahagian kejuruteraan atau bahagian logistik (perolehan alat ganti) MAS.

Iklan

"Usia pesawat tidak menjadi masalah kerana pesawat-pesawat yang terlibat belum pun berusia 20 tahun dan sepatutnya berada dalam keadaan baik jika diselenggarakan dengan baik.

Beliau mengulas insiden pesawat MAS yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, berpatah balik pada awal pagi Isnin.

Iklan
Laporan Sinar Harian.

Ia merupakan insiden ketujuh pesawat MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan dalam tempoh tiga bulan.

Mengulas lanjut, Abdul Rahmat berkata, kejadian berkenaan memberikan kesan yang buruk terhadap imej warga kerja MAS serta reputasi syarikat terbabit.

Bahkan katanya, situasi tersebut juga boleh menjejaskan kebenaran penerbangan pesawat MAS untuk ke negara-negara lain.

"Negara lain mungkin hilang kepercayaan. Para pengguna dan pihak berkuasa penerbangan awam negara-negara tersebut akan hilang keyakinan terhadap tahap keselamatan pesawat-pesawat MAS,” katanya.

Pada masa sama beliau menjelaskan, prosedur operasi standard (SOP) sebelum pesawat berlepas amat ketat.

"Ia bermula dengan pembersihan kabin, penyelenggaraan oleh pihak kejuruteraan selepas memeriksa laporan kerosakan jika ada, sebelum pesawat disahkan layak untuk diterbangkan dan diserahkan kepada juruterbang,” jelas beliau.