MAS: Apa sudah jadi?
Iklan
AWANG puji pimpinan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) yang sudah buat macam-macam usaha untuk baiki syarikat itu. Khabarnya MAS tak rugi lagi. Tidaklah duit rakyat kena curah untuk tampung kerugian MAS tahun demi tahun.
Patut sangatlah kita bagi tabik hormat pada pimpinan tertinggi MAS dalam soal itu. Tapi akhir-akhir ini ada cerita yang kurang baik pula. Dalam masa tiga bulan kebelakangan ini khabarnya sudah tujuh kali pesawat MAS terpaksa berpatah balik.