ASFC Juniors juara Piala Super Safee Serenia B-12

Iklan
Pemain-pemain ASFC Juniors meraikan kejayaan menjulang Piala Super Safee Serenia B-12.

ANAK Sejati Football Club (ASFC) Juniors muncul juara edisi sulung Piala Super Safee Serenia Bawah 12 (B-12) 2024 anjuran Super Safee Soccer School (SSSS).

ASFC Juniors yang juga kelab pembangunan bakat kepada Anak Selangor Fan Club (ASFC) muncul juara selepas menewaskan GMX dalam perlawanan akhir.

Iklan
Iklan

Kejohanan sehari di Rafa Football Field, Bandar Serenia, Sepang itu menyaksikan ASFC Juniors bermula langkah kanan apabila menewaskan EBS FC (Fighters) 2 -0,

Momentum kemenangan itu diteruskan dengan tiga mata meyakinkan apabila menang 8-0 ke atas SSSS, diikuti Perdana United, 2 -0, Merak FC, 1-0,dan GMX FC, 0 -0.

Iklan

Pada saingan separuh akhir, ASFC Juniors menewaskan Inspire BB 1 - 0 untuk mara ke perlawanan akhir berdepan GMX, yang berakhir dengan kemenangan 4-3, ASFC Juniors menewaskan GMX selepas terikat tanpa jaringan.

Kemenangan kali ini lebih manis apabila dua pemain ASFC Juniors Muhammad Amirul Asyraf dan Muhammad Samir Nasri terpilih calon pemain paling bernilai yang akhirnya diputuskan legenda bola sepak Selangor, Safee Sali menjadi milik Amirul Asyraf.

Iklan
Mohd Faizal (kiri) bersama Safee dan kapten ASFC Juniors, Mohd Haziq Osman.

Kejayaan menjuarai Super Piala Super Safee Serenia hadir selepas ASFC Junior menjuarai kejohanan Piala Merdeka YB Daniel di Padang Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 28, Shah Alam, pada 31 Ogos.

Pada Piala Merdeka YB Daniel, dua pemain ASFC Juniors meraih Anugerah Khas Pemain Harapan Pilihan Jurulatih iaitu Muhammad Iffat Zakwan dan Pemain Paling Bernilai Muhammad Shah Ilyas manakala Anugerah Khas Jurulatih Terbaik milik Jurulatih ASFC Juniors, Saiful Hazrul

Sementara itu, Presiden ASFC Mohd Faizal Wahid, berterima kasih kepada jurulatih,pengurusan pemain-pemain dan juga ibu bapa yang sentiasa menyokong setiap aktiviti kelab berkenaan.

"Terima kasih kepada semua, kerana tanpa sokongan semua ASFC Juniors tidak akan meraih kejuaraan dalam dua pertandingan yang diharap menjadi motivasi pasukan untuk lebih cemerlang dalam saingan Liga Persatuan Bolasepak Selangor yang kini berada di pusingan kalah mati," katanya.