Gabriel sertai Al-Nassr dari Chelsea

Iklan
Angelo Gabriel

PEMAIN remaja Chelsea, Angelo Gabriel menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr, diumumkan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Bayaran perpindahan pemain sayap Brazil berusia 19 tahun itu belum didedahkan secara rasmi walaupun media tempatan melaporkan sekitar 19.1 juta pound.

Iklan
Iklan

Gabriel, yang menghabiskan musim lalu secara pinjaman di kelab Ligue 1 Strasbourg, tiba di Stamford Bridge pada Julai 2023.

Dia kini akan bekerjasama dengan pemain bertaraf lima bintang Cristiano Ronaldo dan Sadio Mane di Al-Nassr.

Iklan
Iklan

Al-Nassr kendalian Luis Castro kini berada dikedudukan kelima liga dengan mengumpul empat mata selepas mengharungi dua perlawanan - Al-Raed (1-1), Al-Feiha (4-1) akan berdepan Al Ahli Saudi pada Sabtu.