[VIDEO] Perhilitan pasang dua perangkap, buru buaya di Tasik Shah Alam

Iklan

SHAH ALAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang dua perangkap dengan berat kira-kira 200 kilogram (kg) setiap satu bagi menangkap buaya tembaga di Tasik Shah Alam Seksyen 7 di sini.

Perhilitan memasang dua perangkap dengan berat kira-kira 200 kilogram (kg) setiap perangkap. Gambar kecil: Wan Mohd Adib

Ketua Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, dua perangkap yang dipasang diyakini berupaya untuk menangkap reptilia tersebut dan salah satunya dipinjam daripada Perhilitan Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

Ujarnya, Perhilitan akan membuat rondaan setiap hari untuk memantau perangkap dan umpan ayam yang dipasang manakala pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membantu memasang jaring di lima saluran air.

Perhilitan akan membuat rondaan setiap hari untuk memantau perangkap dan umpan ayam yang dipasang.

"Saya juga akan meminta penduduk berdekatan atau sesiapa sahaja jika melihat kehadiran buaya di tasik ini segera menghubungi Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.

Iklan

Tambah Wan Mohd Adib, dalam operasi sama sebelum ini, buaya tembaga yang 'mendiami' Tasik Kiambang, Serendah berjaya memasuki perangkap selepas hampir sebulan perangkap di pasang di tasik itu.

"Bagi buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7 ini panjangnya kita anggarkan lebih kurang 1.5 meter dan perangkap tersebut di pasang di laluan yang telah dikenal pasti menjadi laluan buaya tersebut.

Iklan
Perhilitan memasang salah satu perangkap di Tasik Shah Alam Seksyen 7.

"Anggaran masa (ditangkap) pula bergantung kepada lokasi dan perilaku buaya itu sendiri," ujarnya lagi.

Untuk rekod, pada tahun 2019, di lokasi berbeza, suasana di Tasik Shah Alam, Seksyen 14 gempar apabila seekor anak buaya tembaga ditemui di pam air tasik itu.

Reptilia sepanjang 0.6 meter itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan jam 9.30 pagi sebelum menghubungi bomba.

Mawazie Mohamad

Sementara itu, seorang pengunjung yang ditemui Mawazie Mohamad, 32, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kehadiran buaya di tasik berkenaan menerusi media sosial dan berharap ia segera ditangkap.

"Ini kerana keselamatan pengunjung tidak terjamin sehingga reptilia itu berjaya ditangkap dan kami berharap ia dapat ditangkap oleh Perhilitan dalam tempoh terdekat ini," ujarnya.

Muhammad Fakhran Khalid

Rakannya, Muhammad Fakhran Khalid, 32, pula berkata, dia yakin buaya tembaga tersebut akan dapat ditangkap susulan usaha pihak Perhilitan memasang dua perangkap di tasik tersebut.