Yayasan Madani sasar 100,000 pek kit kebersihan wanita ke Gaza

Iklan
Fuziah (kanan) bersama tukang jahit memasukan barangan keperluan wanita dalam bag sebelum dimasukan ke dalam kotak ketika meninjau persiapan akhir projek pembuatan kit kebersihan wanita di Teja SKills Tanjung Lumpur.

KUANTAN – Yayasan Madani menyasarkan kira-kira 100,000 pek kit kebersihan wanita akan dihantar ke Gaza, Palestin menjelang akhir tahun depan bagi membantu menampung keperluan asas golongan berkenaan.

Sebagai permulaan, sebanyak 1,000 pek kit wanita ‘washable pad’ dihantar menerusi kerjasama Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Pengerusinya, Fuziah Salleh berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan laporan United Nation, seramai 700,000 wanita dan anak gadis di Gaza memerlukan bantuan asas pengurusan menstrual mereka.

"Kita sasar (untuk agihkan kit kebersihan) ini sebanyak 100,000 sebelum penghujung tahun 2025. Jadi, Kita alu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyokong usaha ini.

Iklan

"Di dalam kit kebersihan itu, mengandungi tiga tuala wanita yang boleh dibasuh, sabun dan terdapat juga arahan penggunaannya dalam bahasa arab. Tuala wanita ini boleh bertahan selama setahun," katanya ketika ditemui di Tanjung Lumpur di sini.

Fuziah (tengah) melihat cara pembuatan tuala wanita ketika meninjau persiapan akhir projek pembuatan kit kebersihan wanita di Teja SKills Tanjung Lumpur.

Terdahulu, Fuziah meninjau persiapan akhir projek pembuatan kit kebersihan wanita di Teja SKills Tanjung Lumpur.

Iklan

Fuziah memaklumkan, usaha ini dilakukan sebagai sebahagian daripada projek Women2Women & Women4Women (W2W & W4W) yang bertujuan menyediakan keperluan asas untuk wanita dalam situasi perang.

Jelasnya, projek ini diuruskan oleh Teja station dengan peruntukan sebanyak RM300,000 dengan pengeluaran 2,000 pek kit kebersihan sebagai permulaan.

"Kalau setiap bulan kita (boleh) hantar 1,000 hingga 2,000, saya kira kita boleh membantu ramai wanita (di Gaza). Justeru kita perlukan lebih ramai (pihak) untuk membantu projek ini.

"Mungkin, kita boleh cadangkan, mereka membeli kit ini dan mengamanahkan kepada Yayasan Madani untuk menghantarnya," ujarnya.