Kerajaan usaha bawa pulang tujuh rakyat Malaysia dari Filipina

Iklan
Saifuddin Nasution. Foto Bernama

TANAH MERAH - Kerajaan sedang berusaha membawa pulang tujuh rakyat Malaysia selepas disyaki memasuki perairan Filipina, Ahad lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu sudah menerima maklumat daripada Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos mengenai situasi itu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, rundingan untuk membawa pulang sedang berjalan dan berharap ada hasil positif dalam tempoh masa terdekat.

"Kita juga sudah mengenal pasti agensi pelancongan yang membawa mereka sehingga melepasi sempadan selain akan menghubungi Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Baitul Mahabbah Tanah Merah, Jabatan Imigresen Malaysia pada Rabu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh Sebelum ini media melaporkan pihak berkuasa Filipina menahan 15 individu termasuk tujuh rakyat Malaysia dan lapan warga China kerana disyaki memasuki perairan negara itu secara haram.

Iklan

Memetik laporan Philippines News Agency (PNA), Pesuruhjaya Biro Imigresen (BI) Filipina, Norman Tansingco, melalui kenyataan berkata, mereka ditahan Pihak Berkuasa Maritim, Tentera Laut Filipina dan Tentera Darat Filipina di kawasan perairan Sitangkai, dekat Tawi-Tawi di Wilayah Selatan negara berkenaan.

Beliau berkata, mereka yang tidak memiliki dokumen sah itu didapati memasuki wilayah Filipina dengan menaiki dua bot laju.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin memberitahu, trend jenayah rentas sempadan terutama pemerdagangan manusia membabitkan rakyat di negara ini semakin meningkat.

Jelas beliau, rakyat Malaysia turut terkesan dan memerlukan banyak kerjasama dengan negara luar

"Pemerdagangan orang ridak boleh lagi ditumpukan hanya di meja mesyuarat tetapi diangkat sehingga ke peringkat pelaksanaan," katanya.

Tambahnya lagi, trend peningkatan kebanyakan membabitkan negara jiran termasuk Thailand dan Myanmar