E-waste berisiko akibatkan kes jenayah, rasuah - SPRM

Iklan
Laporan khas Sinar Harian pada 6 Ogos lalu mengenai pencemaran yang dikaitkan dengan e-waste (kiri), Azam Baki

PUTRAJAYA - Sindiket memproses sampah elektronik atau e-waste berisiko mengakibatkan kes jenayah, salah guna kuasa, rasuah dan kesihatan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM mengambil maklum masalah lambakan e-waste ini.

Iklan
Iklan

"E-waste ini dipercayai dibawa masuk dari negara membangun sebelum dihantar dan buang ke sini (Malaysia).

"Mengenai kesihatan juga melibatkan isu rasuah, contohnya bila i-waste dibenarkan masuk, kita semua akan terganggu," katanya dalam wawancara khas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Rabu.

Iklan

Tambah Azam, beliau juga mengesan satu berita di media sosial mengenai lambakan sampah di sungai di Ijok, Selangor, namun tidak dipastikan sama ada ia kes baharu atau lama.

Katanya, diharap pihak berkuasa tempatan telah ambil tindakan.

Iklan

"Ini yang timbulkan masalah kesihatan, banjir dan sebagainya. Saya simpulkan ia juga melibatkan isu alam sekitar," katanya.

Mengulas mengenai laporan Sinar Harian mengenai pengoperasian kilang e-waste di Segamat, Johor, Azam berkata, siasatan telah dijalankan SPRM Johor.

6 Ogos lalu, Sinar Harian menerusi laporan eksklusif melaporkan aktiviti kilang e-waste haram di Segamat, Johor yang dipercayai beroperasi melerai, memproses dan melebur sisa e-waste diseludup.

Susulan pendedahan itu, Sinar Harian pada 14 Ogos melaporkan penguatkuasaan JAS yang mengambil tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas lima kilang e-waste bagi menghentikan pencemaran selain tindakan susulan daripada Majlis Perbandaran Segamat (MPS) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menyita RM43.19 juta hasil serbuan sindiket e-waste di tujuh kilang e-waste sekitar Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.