Sabah belum setuju jadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027

Iklan
Masidi membuat hantaran di laman X mengenai Sabah yang belum bersedia menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027.

KERAJAAN Sabah menjelaskan bahawa masih belum membuat sebarang keputusan mengenai komitmen kewangan melibatkan penganjuran bersama Sukan SEA 2027.

Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun berkata, Kabinet negeri yang bermesyuarat pada Rabu memaklumkan bahawa Sabah belum bersedia untuk menjadi tuan rumah bersama temasya tersebut memandangkan kemudahan sukan yang tidak mencukupi.

Iklan
Iklan

"Mesyuarat Kabinet Sabah hari ini (Rabu) mengesahkan (kerajaan negeri) tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan untuk penganjuran Sukan SEA 2027.

"Infrastruktur sukan di Sabah memerlukan peningkatan yang ketara sebelum kami boleh mempertimbangkan untuk menjadi tuan rumah bersama," ciap beliau menerusi laman X.

Iklan

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akhir bulan lalu memaklumkan penganjuran temasya tersebut yang menelan kos RM700 juta akan berlangsung di Kuala Lumpur bersama tiga lagi negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang

Beliau berkata, kos tersebut tidak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Pusat, sebaliknya akan dibantu oleh tiga negeri berkenaan yang bersetuju menyatakan kesediaan penganjuran bersama.

Iklan

Sarawak bakal menjadi penyumbang terbesar sebanyak RM300 juta, manakala Sabah bersedia untuk peruntukan sebanyak RM100 juta dan Pulau Pinang RM15 juta.