PPSMI: Kerajaan ambil langkah terkebelakang

Iklan
Gambar kecil. Mohd Najwan

SHAH ALAM - Kerajaan disifatkan mengambil langkah terkebelakang melalui usaha mengembalikan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, jemaah menteri perlu memandang serius perkara tersebut lebih-lebih lagi ia tidak terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, katanya, jemaah menteri perlu menolak perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

"Jemaah menteri bertanggungjawab untuk menggesa agar perkara utama dalam usaha reformasi dapat dilaksanakan dan bukannya untuk menumpukan kepada dasar kerajaan lama," katanya dalam satu kenyataan semalam.

ARTIKEL BERKAITAN Subjek Sains, Matematik kembali diajar dalam Bahasa Inggeris: PM

Iklan
Iklan