BANGKOK - Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn memperkenan barisan kabinet baharu Thailand di bawah Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra.
Barisan 35 anggota kabinet, termasuk enam timbalan perdana menteri, diterbitkan dalam Warta Diraja rasmi pada Rabu (4 September).
Timbalan perdana menteri ialah Phumtham Wechayachai, Anutin Charnvirakul, Pirapan Salirathavibhaga, Suriya Juangroongruangkit, Pichai Chunhavajira dan Prasert Jantararuangthong.
Menurut Warta Diraja, Phumtham akan mengambil portfolio baharu sebagai Menteri Pertahanan manakala Anutin mengekalkan peranannya sebagai Menteri Dalam Negeri seperti dalam pentadbiran terdahulu.
Pirapan akan berkhidmat sebagai Menteri Tenaga, Suriya sebagai Menteri Pengangkutan, Pichai sebagai Menteri Kewangan dan Prasert sebagai Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat.
Selepas pengesahan Diraja terhadap barisan Kabinet baharu, Paetongtarn dijangka mengetuai Kabinetnya mengangkat sumpah di hadapan Raja tidak lama lagi dan kerajaan baharu mesti membentangkan rancangan dasarnya kepada Parlimen dalam tempoh dua minggu akan datang.
Paetongtarn, 38, dipilih oleh Dewan Perwakilan Thailand sebagai perdana menteri pada 16 Ogos, untuk menjadi perdana menteri termuda Kerajaan.
Anak bongsu bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra itu, menggantikan Srettha Thavisin, yang dipecat oleh Mahkamah Perlembagaan pada 14 Ogos. - Bernama