Penjawat awam salah guna kuasa, dapat kerja pembekalan untuk suami

Iklan
Suspek yang merupakan seorang penjawat awam wanita disyaki menyalahguna jawatannya untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan untuk syarikat suami ditahan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penjawat awam wanita disyaki menyalahguna jawatannya untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan.

Sumber berkata, ia melibatkan pembekalan barang-barang keperluan logistik sekolah daripada syarikat milik suaminya berjumlah RM270,000.

Iklan
Iklan

Kata sumber, perintah reman selama tujuh hari sehingga Selasa dikenakan ke atas suspek yang berusia lingkungan 40-an.

"Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu.

Iklan

"Suspek ditahan sekitar jam 7 malam pada Selasa ketika hadir bagi memberi keterangan di ibu pejabat SPRM," katanya pada Rabu.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2021 hingga 2022.

Iklan

Menurutnya, suspek yang bertugas di sebuah sekolah di sekitar Lembah Klang dipercayai telah menggunakan jawatannya bagi membantu mendapatkan kerja-kerja pembekalan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ringkasan berita:

  • Penjawat Awam Ditahan: Seorang wanita ditahan reman oleh SPRM kerana menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan kontrak pembekalan.
  • Kontrak untuk Suami: Suspek didakwa membantu suaminya mendapatkan kerja pembekalan logistik sekolah bernilai RM270,000.
  • Tempoh Reman: Suspek, berusia lingkungan 40-an, ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa.
  • Kes Siasatan: Kes ini melibatkan perbuatan yang dilakukan antara 2021 hingga 2022, disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Dijana oleh AI