Pertimbang kaji cadangan penjenamaan semula MPN 2.0

Iklan
Yusoff (empat dari kiri) menyampaikan trofi penghargaan kepada Zamri (kanan) di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Majlis Profesor Negara (MPN) mempertimbangkan kemungkinan untuk mengkaji dan melihat keperluan bagi cadangan penjenamaan semula organisasi tersebut sebagai MPN 2.0.

Ketua Pegawai Operasinya, Prof Dr Yusoff Taib berkata, saranan tersebut merupakan satu inisiatif yang baik.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, saranan berkenaan perlu melakukan beberapa pengorbanan dan kajian semula.

"Itu semua sedang kita kaji dan akan membuat keputusannya selepas beberapa siri perbincangan bersama pengurusan tertinggi dan Ahli Pemegang Amanah MPN, katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas lawatan MPN ke Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Hussamuddin (kiri) ketika mesyuarat sempena lawatan MPN ke Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Iklan

Turut hadir Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli; Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin; Felo Kanan Majlis Profesor Negara Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong dan Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Ujar Yusoff, meskipun berdepan dengan kontroversi membabitkan pembentangan laporan LKAN baru-baru ini, MPN kekal dengan hala tuju asal iaitu menggembleng tenaga pakar dan ilmuwan negara untuk kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat dan negara.

Menurutnya, MPN tidak ada masalah bagi melaksanan tujuan itu kerana telah mempunyai pakar dan ilmuwan dalam bidang masing-masing.

"Kita ada 12 kluster merentasi 30 kementerian yang diwujudkan ketika ini. Jadi pakar-pakar dalam bidang tertentu akan digerakkan untuk membangun apa jua keperluan negara di masa akan datang,” ujarnya.

Yusoff

Ulasnya, pertemuan MPN dengan Sinar Harian ini juga dilihat dapat membawa kepada satu kerjasama strategik antara kedua-dua belah pihak.

"Kolaborasi ini di mana MPN boleh menyediakan kepakaran dalam bidang tertentu yang diperlukan untuk dikongsi melalui platform Sinar Harian.

"Itu antara yang saya nampak kita boleh bincang sama ada atas isu-isu semasa atau pembangunan negara,” menurutnya.