Kapal pasir warga asing berlabuh tanpa kebenaran ditahan

Iklan
Sebuah kapal pasir dipercayai berlabuh tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor dekat Sungai Kembung di sini pada Rabu.

PELABUHAN KLANG - Tindakan sebuah kapal pasir dikendalikan warga asing dipercayai berlabuh tanpa kebenaran mengundang padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, dekat Sungai Kembung, pada Rabu.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, kapal terbabit ditahan pada jam 2.18 pagi.

Iklan
Iklan

"Pusat Operasi Maritim Malaysia Selangor menerima aduan awam berkenaan kapal pasir itu yang bersauh di kedudukan penahanan sejak beberapa hari lalu.

"Bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Ehsan dan Op Tiris kemudiannya diatur gerak untuk membuat pemeriksaan ke atas kapal pasir berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, pemeriksaan mendapati, kapal berkenaan dikendalikan nakhoda serta kru warga asing.

Anggota Maritim Malaysia menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kapal pasir yang dipercayai berlabuh tanpa kebenaran dekat Sungai Kembung di sini pada Rabu.

"Pemeriksaan lanjut turut mendapati, kapal berkenaan gagal mengemukakan dokumen kebenaran untuk bersauh," katanya.

Iklan

Menurutnya, kesemua yang ditahan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan NG 999 untuk maklum balas segera," katanya.