HANOI - Sejumlah 257 kemalangan jalan raya dilaporkan di Vietnam semasa cuti Hari Kebangsaan dari 31 Ogos hingga 3 September, mengorbankan 124 orang dan 193 lagi cedera, menurut Jawatankuasa Keselamatan Lalu Lintas Negara itu, lapor Xinhua.
Bagaimanapun, jumlah kemalangan dan korban nyawa masing-masing menurun 9.82 peratus dan 22.50 peratus berbanding cuti tahun lepas, manakala jumlah kecederaan meningkat 2.66 peratus.
Sebilangan besar kemalangan berlaku di jalan raya, mengorbankan 123 nyawa.
"Polis di seluruh negara itu mengenakan sekatan ke atas 60,371 pelanggaran dalam tempoh yang disebut, peningkatan sebanyak 25,894 kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata jawatankuasa itu. - Bernama