'Ebit Lew minta buka sikit demi sedikit semua pakaian' - Saksi

Iklan
Ebit Lew ketika memasuki Mahkamah Majistret Tenom untuk menghadiri perbicaraannya di Tenom.

TENOM - Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa pendakwah tersebut telah mengarahkannya membuka semua pakaian dan berbogel.

Pengadu yang juga saksi pendakwaan yang kesembilan berkata demikian dalam pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di Mahkamah Majistret Tenom di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Zahida sebelum itu meminta pengadu menjelaskan jawapannya dalam soalan pemeriksaan balas oleh peguam, Datuk Ram Singh berkaitan meneruskan perbualan telefon selama 44 minit namun tidak mengikut kehendaknya.

"(Ebit Lew) Selalu minta gambar saya, minta gambar payudara dan semua anggota badan saya tetapi saya tidak ikut permintaan dia," katanya dalam pemeriksaan semula tersebut.

Iklan

Saksi kemudian diminta menjelaskan lebih lanjut maksud keterangannya mengenai 'semua anggota badan' dan 'permintaan' yang dinyatakan di mahkamah.

"Dia minta saya buka semua pakaian tetapi saya tidak ikut. Dia suruh saya bogel," katanya.

Iklan

Seterusnya, Zahida merujuk kepada soalan peguam dalam pemeriksaan balas mengenai pengadu bersetuju bahawa dia ada menghantar gambar payudara dan wajahnya kepada Ebit Lew.

"Yang pasti, saya ingat gambar muka saya, saya ada bagi dan saya tidak padam. Gambar payudara itu Ebit Lew yang tangkap layar sewaktu panggilan video sebab seingat saya ada beberapa kali panggilan video Ebit Lew yang saya sambut, yang saya terpedaya dan terikut kemahuan dia," katanya.

Zahida kemudian bertanya kepada pengadu berdasarkan jawapannya sebelum itu, berapa kali Ebit Lew membuat panggilan video dan dijawab pengadu.

"Seingat saya dalam tiga kali saya terpedaya dengan dia. (Maksud tiga kali) Ebit Lew buat panggilan video minta tunjuk payudara saya," katanya.

Pengadu juga turut diminta menjelaskan keterangannya yang bersetuju bahawa mesej gambar bahagian payudara yang dipadam untuk semua orang.

"Saya keliru dengan soalan masa itu. Maksud saya situ, gambar untuk semua (adalah) gambar muka. Itu yang tidak dipadam untuk semua orang.

"Gambar puting, saya yakin Ebit Lew tangkap layar semasa panggilan video sebab masa itu dia suruh buka sikit demi sedikit," katanya.

Pengadu kemudian diminta menjelaskan kenapa dalam keterangannya dia menjawab 'saya tidak sedar yang saya ikut permintaan dia' menerusi pemeriksaan balas peguam sebelum ini.

"Masa panggilan video itu, dia suruh buka dan masa itu memang saya terpedaya dan buat arahan dia," jelasnya.

Sebelum itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Analia Kamaruddin dan Zahida Zakaria manakala Ebit Lew diwakili oleh Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut dan Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.