PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 27 September sebagai tarikh satu lagi sesi pengurusan kes berhubung rayuan enam individu yang disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais sembilan tahun lepas.
Peguam Jasmine Cheong yang mewakili bekas ahli patologi Kolonel Dr R Kunaseegaran mengesahkan tarikh pengurusan kes akan datang, berikutan sesi pengurusan kes yang diadakan hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.
"Mahkamah menyatakan rekod rayuan sudah tersedia dan mengarahkan peguam untuk mengambilnya sebelum sesi pengurusan kes seterusnya,” katanya kepada Bernama hari ini.
Pada 14 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Kunaseegaran, 61; pemberi pinjaman wang S. Ravi Chandran, 53; dan empat penganggur, R Dinishwaran, 32; AK Thinesh Kumar, 31; M. Vishwanath, 34; dan S. Nimalan, 31.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin, mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap enam lelaki itu.
Pada 10 Julai 2020 Mahkamah Tinggi mensabitkan kesemua enam individu itu membunuh Morais yang berlaku di suatu tempat di sepanjang jalan dari Jalan Dutamas Raya, Sentul, ke No 1, Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 September, 2015.
Mayat Morais ditemukan dalam tong dram berisi simen yang dibuang ke dalam paya di Subang Jaya.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pembunuhan itu dirancang dengan teliti dan keadaan mayat si mati ketika ditemukan menunjukkan kekejaman tertuduh. - Bernama